Polisi Pemulangan
Ribuan terima kasih kepada anda kerana membuat pembelian di SAS Store. Kami di SAS Store sentiasa memastikan pelanggan kami mendapat servis terbaik untuk memberi pengalaman pembelian yang memuaskan di SAS Store. Setiap pembelian item yang dibeli adalah dijamin dan pelanggan dibenarkan membuat penukaran saiz atau rekaan jika item yg diterima tidak sesuai atau tidak menepati citarasa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk kebaikan semua pihak.
- Sila ambil perhatian, item CLEARANCE SALE / YEAR END SALE tidak dibenarkan untuk meminta pulangan wang (REFUND), dikembalikan (RETURN) dan tidak dibenarkan melakukan sebarang penukaran.
- Untuk semua pengembalian item (JIKA ADA MAJOR DEFECT/SALAH ITEM) sila whatsapp details nombor order anda di:
**Jika anda mebuat pembelian dengan SELLER/DS kami, sila berurusan dengan mereka untuk sebarang pemulangan / penukaran item.
- Anda hanya boleh melakukan pemulangan / penukaran item dalam masa 3 hari setelah menerima pesanan anda.
- Anda perlu sertakan dalam Whatsapp, nombor pesanan asal & item yang anda ingin minta untuk dikembalikan / ditukar.
- Setelah pengembalian / pertukaran anda diluluskan, anda akan menerima arahan mengenai cara pengembalian dan pertukaran melalui Whatsapp.
- Urusan pengembalian / pertukaran / pemulangan wang akan mengambil masa 7 hari bekerja.
- Kebiasaannya, kami tidak akan memberikan pengembalian wang jika anda berubah fikiran atau membuat keputusan yang salah tetapi jika didapati ukuran baju memang tidak menepati carta, anda boleh sertakan bukti bergambar di dalam whatssap seperti yang dinyatakan di atas untuk buat penukaran saiz sahaja.
- Tiada pertukaran atau pembayaran balik barang jualan melainkan produk yang diterima rosak (MAJOR DEFECT) seperti koyak , kesan terbakar, kedudukan tangan di kiri dan kanan terbalik dan lain-lain. Jika sedikit defect seperti benang tertetas di jahitan tepi dan lain-lain MINOR DEFECT adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk membuat sebarang pertukaran.
- Kos penghantaran balik ke SAS Store adalah 100% dibiayai oleh pelanggan jika sebab penukaran adalah dari pelanggan yang:
- Tukar saiz
- Tukar design
- Produk tidak menepati citarasa
- Item yang di pulangkan mesti dalam keadaan seperti asal:
- Baju belum dicuci, tidak dipakai, masih dalam keadaan asal dan Tag masih sempurna di baju.
- Baju tidak rosak.
- Baju tidak kotor dan busuk atau bau perfume.
- Baju tidak kusut.
- Plastik baju tidak koyak/hilang
- Bayaran kos NINJA VAN bagi pemulangan semula kepada pelanggan adalah juga dibiaya oleh SAS Store.
- Pihak SAS Store akan meneliti setiap item yang dipulangkan, ia MESTI menepati kriteria di perkara (8). Jika kami mendapati item yang diterima tidak menepati kriteria @ ROSAK, pemohonan penukaran atau refund akan dibatalkan. Dan item akan dipulangkan semula ke pelanggan selepas pelanggan.
- Untuk kes REFUND, 100% REFUND adalah kos item sahaja. REFUND akan ditolak dengan kos NINJA VAN dan Pengurusan. Kerana Offer ini untuk item yang dijual sahaja, bukan untuk item yang dipulangkan.